Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam Kali ke-3 bagi sukan Sepak Takraw telah diadakan di Komplek Sukan Mumong, Kuala Belait, pada 19 November 2012. SRKB telah menghantar 4 orang murid bagi mewakili sepak takraw Daerah Belait. Di dalam Pesta Sukan tersebut, Daerah Belait memperolehi pingat emas. Tahniah kepada murid-murid yang mewakili dan juga kepada jurulatih, iaitu Cikgu Nyallau dan Awang Runi.
9 Comments
Pesta Sukan Sekolah-Sekolah Rendah Negara Brunei Darussalam Kali ke-3 bagi sukan Bola Jaring telah di adakan di Stadium Padang dan Balapan, Bandar Seri Begawan pada 19 November 2012. 4 orang murid SRKB telah terpilih bagi mewakili sukan Bola Jaring Daerah Belait. Pada hari tersebut Daerah Belait telah bertemu dengan Daerah Temburong. Daerah Belait menang dengan jaringan 8 - 7. Tahniah kepada semua pemain yang terdiri dari murid-murid SR PSJ PAM dan SRKB. |